Layar Keinsafan....

Selamat Tinggal 2009

sekadar muhasabah ..apa yang aku buat / sumbangkan u Islam pada 2009??

aku bukanlah orang kaya, cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..yer ar klu x pg beli atau masak camna nak makan..apa yang nak dikongsikan tahun 2009 merupakan tahun yang sangat bnyak berlaku pembaziran bagiku...

wang simpanan yang ada terpksa aku korbankan dengan sia2...bermula thun 2009
1-hanset hilang, dah la bru seminggu guna RM 600.00
2-beli hanset baru RM 400.00
3-xcdent kena baiki motor RM 200.00
4-pergi berubat habis dalam rm 250.00
5-laptop rosak RM 400.00
6-kena saman polis RM 150.00
7-xcdent lagi..(baiki motor) huhu habis rm 250

ni lah antara benda sia2 yg aku laburkan...

kadang2 aku terpikir kenapa berlaku hal ini wang dihabiskan dengan sia2..adakah kerna wang yang aku perolehi x diberkati Allah? na'uzubillah...ataupun atas sifat kecuaian ku Atau sesuatu yang lumrah sebagai manusia??






Keberkatan hidup:


Harta yang banyak, tetapi tidak ada keberkatan padanya tidak membawa apa-apa erti, malah boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak bersyukur . Sebaliknya, harta yang sedikit tetapi berkat akan membawa ketenangan ….Keberkatan daripada Allah SWT amat penting dalam kehidupan.. Oleh itu, seseorang itu perlu memastikan agar rezeki yang dari sumber halal.

Firman Allah:

“ Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. “ (al-Baqarah: 155 – 157)

Aku juga sempat membaca blog seorg sahabat “mutiara hati” yang nak aku kongsi bersama

Katanya: Terdapat beberapa kaedah yang tepat untuk beroleh berkat pada harta, iaitu :

• Memastikan harta yang diperoleh itu menerusi jalan yang halal lagi berkat. Ini kerana jika jalannya halal namun tidak menjaga syariat yang lain, misalnya sengaja membuka aurat atau meninggalkan solat, maka rezeki itu halal tetapi tidak berkat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (al-Baqarah: 168)


• Memastikan amanah harta ditunaikan secara sepatutnya. Amanah harta antara lain ialah menyalurkannya kepada tanggungan kita yang berhak, misalnya kepada ibu bapa dan anak isteri. Amanah harta juga ialah memastikan ia tidak disalah guna, misalnya dibelanjakan ke meja judi atau membeli keseronokan duniawi semata-mata. Infak, zakat dan sedekah juga adalah amanah harta.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (ali-’Imran: 92)

• Menunaikan hak yang wujud pada harta dengan ikhlas tanpa riak dan sombong. Ini kerana, Allah SWT amat membenci golongan yang memberi tetapi hatinya diselaputi rasa sombong, perasaannya penuh riak dan mengharapkan pujian daripada orang.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (an-Nisa’: 36)

Sudah jelas kepada kita, bahawa Islam mendidik kita agar berhemah dalam kehidupan. Anjuran Islam sama ada supaya kita suka berderma, bersedekah, berinfak dan berzakat, hakikatnya adalah demi kebaikan kita kembali. Ini kerana, itu adalah jalan menuju kesejahteraan hakiki.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. (al-Lail: 5 – 7)

muhasabah bersama untuk mendapat keberkatan dari ALLAH..terpulanglah kepada kita cara untuk mengambil keberkatan itu. ..Ya Allah jauhkan aku dari sifat lalai dan alpa..Hidup dan matiku hanya untuk Islam..

0 comments:

Post a Comment