Layar Keinsafan....

kejayaan adalah hak bersama...

salam,, selamat menempuh perang kubra..satu perkara yang hendak diingatkan bahawa jika kita permudahkan urusan orang lain InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita, satu lagi untuk menjadi insan yang berjaya, perlulah sentiasa doakan kejayaan sahabatnya,,,
wallhua'lam

salam juang sahabat- sahabat


" yakin akan keajaiban TUHAN!!!"

Antara dunia Dan Akhirat




“Ilmu itu cahaya hidup” bak kata orang makin banyak seseorang itu berlajar makin banyak yang tidak tahu.Hal ini adalah kerana ilmu itu terlalu luas untuk diterokai. Dewasa kini, ramai di kalangan masyarakat yang tersalah anggapan berkaitan hukuman hudud, hukuman yang pasti merupakan kaffarah dan menjamin keamanan dari dibelenggu dosa di akhirat.

Kadang- kadang penulis terfikir, syariat sudah menetapkan hukuman bagi bagi setiap natijah perbuatan yang berkaitan hudud dan qisas atau diyat, Cuma hukuman ta’zir sahaja yang ditentukan hukumannya oleh Pemimpin Negara secara praktikalnya, tetapi kenapa masih tidak mahu mengaplikasikan hukuman tersebut kerana penulis sangat bimbang dengan keadaan masyarakat yang sakit tenat ini.Masyarakat yang tidak mahu mengambil pengajaran dari hukuman dunia dan melakukan jenayah berulangkali.

Penulis sedih, apabila memikirkan orang yang melakukan zina contohnya tidak dihakimi dengan baik .Walaupun hukuman dunia telah dijalankan tetapi hukuman di akhirat bagaimana? Terlepaskah penzina tersebut di akhirat kerana telah mendapat hukuman dunia??


Sahabat sekalian,

Apabila menyebut perkataan jenayah secara tidak langsung terlintas di minda kita tentang sesuatu perilaku yang buruk dan jahat yang bertentangan dengan moral dan nilai masyarakat . Di dalam Islam , perkataan jenayah disebut sebagai jarimah . Imam al- Mawardi daripada mazhab Syafei’i mendefinisikan jenayah bukan setakat suatu perbuatan atau perlakuan yang dilarang oleh syara’ bahkan ia diancam oleh Allah dengan hukuman hadd atau ta’zir yang meliputi jenayah terhadap agama, nyawa, akal fikiran, ,maruah dan harta .

Berdasarkan butiran tersebut , konsep jenayah dalam Islam adalah terdiri daripada dua asas iaitu perbuatan yang dilarang (kesalahan) dan juga ancaman oleh Allah (hukuman) . Ianya diperundang dan diwajibkan oleh Allah kerana memelihara lima aspek tadi yang dikenali sebagai kepentingan asasi manusia . Kepentingan ini pula disimpulkan sebagai matlamat atau tujuan dalam menguatkuasakan kesalahan dan hukuman jenayah islam .

Kita lihat, Undang – undang islam ialah undang – undang yang berdasarkan kepada acuan Ilahiyyat iaitu bersumberkan al-Quran , al-Sunnah , Qias dan Ijma’ . Kewjipan melaksanakannya juga sabit di dalam keempat – empat sumber tadi di samping amalan para Sahabat dan Tabi’in . Ia juga berteraskan kepada tiga aspek iaitu kesalahn, hukuman dan matlamat syara’ yang ingin dicapai .

Ia juga disyariatkan bukan setakat untuk menghukum bahkan untuk mendidik masyarakat untuk kehidupan yang harmoni dan diredhai . Undang – undang jenayah islam juga adalah syariat hingga ke akhir zaman dan ia fleksibel (murunah) untuk dilaksanakan pada sebarang masa , suasana , dan tempat serta umum (universal) untuk semua umat manusia .

Hukuman Hudud, Qisas dan diyat dalam kes merompak dan pembunuhan menunjukkan keadilan Islam, iaitu memberikan hukuman setimpal dan sama dengan kesalahan yang dilakukan.Hukuman ini akan menjadikan penjenayah akan lebih takut untuk melakukan jenayah.Cara ini juga dapat mengelak dari berlakunya permusuhan dan pertentangan berlarutan akibat jenayah yang berlaku. Undang-undang jenayah dalam Islam skopnya amat luas.Ia merangkumi semua jenis kesalahan yang melibatkan pencerobohan terhadap hak- hak asasi manusia seperti nyawa, anggota badan, akal, kehormatan diri, harta dan agama.Hukuman terhadap kesalahan-kesalahan tersebut ditetapkan dan dilaksanakan kepada semua warganegara tidak kira agama atau rupa bangsa.

Undang-undang ini berasaskan sumber wahyu yang jenis kesalahan dan hukumnya ditetapkan oleh Allah SWT, manakala manusia tugasnya ialah melaksanakan ketetapan itu sepenuhnya.Undang-undang ini bukan sahaja ada kaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam dalam hidup di dunia, tetapi ia juga ada kaitan dengan aqidah kepada Allah sebagai autoriti mutlak undang-undang yang mana dari sudut kepercayaannya wajib diyakini, dan penolakan terhadapnya membawa kepada kekufuran dan kesannya penyiksaan Allah terhadap seseorang di akhirat nanti.




Setelah meneliti segala konsep mengenai kesalahan , hukuman dan matlamat daripada syara’ serta kewajipan dan keuniversalan undang – undang jenayah islam ternyata ia sememangnya mampu untuk berperanan sebagai satu sistem kawalan social . Sistem kawalan ini mencakupi segenap aspek perbuatan jahat melalui bahagian – bahagian jenayah Qisas , Hudud dan Ta’zir yang pastinya dapat mengisis segala ‘lakuna’ di dalam perundangan .

Undang – undang islam ini bak serampang tiga mata kerana ia bukan setakat bertujuan untuk membasmi jenayah malah turut berfungsi sebagai agen pendidikan di dalam masyarakat di samping tidak mengenepikan hak – hak penjenayah . Ini kerana syara’ bukan setakat menghukum bahkan mendidik masyarakat kea rah kehidupan fitrah . Justeru , di dalam islam masyarakat Uthopia bukanlah khayalan tetapi memang wujud sekiranya undang – undang jenayah islam dilaksanakan sepenuhnya

Sebenarnya , melaksanakan undang – undang ini merupakan sunnah amaliyyah oleh Rasulullah S.A.W . Malah semua fuqaha’ bersepakat tentang kefardhuannya sebagaimana perintah – perintah Allah yang lain . Pelaksanaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sehingga melibatkan orang bukan islam di Madinah pada masa itu sudah cukup membuktikan kebijaksanaan baginda dalam pemerintahannya .


Diharapkan arus perubahan yang berlaku dalam negara sekarang dalam berbagai bidang, akan dapat menggerakkan juga perubahan dalam perundangan demi untuk mengembalikan identiti umat ini kepada menghayati undang- undang yang telah sebati dengan sejarah dan aqidahnya.Amat malang sekali bagi umat Islam di negara mereka sendiri dihalang untuk mengamalkan haknya yang asasi iaitu menghayati tuntutan agamanya dalam bidang undang- undang sedangkan kebebasan menghayati agama diakui sebagai hak asasi yang dilindungi oleh undang- undang hak asasi manusia.