Layar Keinsafan....

permata yang berkelipan..


Wahai Kaum yang bergelar WANITA...

terangilah hatimu dengan Nur keimanan...

suluhlah jalan gelita dalam menuju keredhaan Tuhan Yang Maha Esa.

Sesungguhnya kita adalah sebaik-baik perhiasan...

tiada tandingan nilainya didunia...

hanya syurga IIahi....

mampu memberi balasan.




Sedarlah wanita…

Wanita merupakan aset yang amat bernilai dan tenaga penggerak kemajuan. Wanita merupakan benteng pertahanan moral dalam masyarakat,. Wanita juga menjadi sumber inspirasi dan kasih sayang serta pembinaan masyarakat penyayang. Peranan wanita sangat diperlukan demi kestabilan institusi keluarga daripada tergugat dan runtuh

Sejarah perjuangan umat Islam penuh dengan kisah penglibatan kaum wanita. Jika kita mengkaji wanita sudah berperanan pada masa Nabi Muhammad saw, iaitu ibu baginda yang menjaganya, yang menyusuinya Halimah As-Sa’diyah; dan yang menjadi hadina (pengasuh) bagi beliau, Ummu Aiman r.a. dari Habasyah, Siti Khadijah binti Khuwailid r.a, wanita pertama yang beriman dan membantunya, Siti Aisyah, Ummu Salamah, dan lain-lainnya, dari Ummahaatul Mukminiin (ibu dari kaum Mukmin), isteri-isteri Nabi, dan isteri-isteri para sahabat Rasulullah saw sehingga perjuangan Zainab Ghazali mengharung siksaan penjara di bawah rejim diktator Jamal Nassir di Mesir dan sebagainya lagi.



Firman Allah SAW yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat kejahatan, mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah"

surah At Taubah :71



Sedar ataupun tidak, peranan wanita semakin besar.Golongan wanita membentuk hampir 50 peratus daripada penduduk Malaysia Dengan jumlah 13,0776.8 juta, wanita telah memberi impak yang sangat ketara kepada hala tuju politik dan kerajaan negara. Hal ini Ibaratkan seperti aliran hidup manusia yang bergerak seiring dengan denyutan nadinya begitu juga dengan pembangunan negara yang pada bila-bila masa akan terbantut jika wanita berhenti menghulurkan sumbangan Peranan wanita Islam yang memahami kewajipan dakwah dan jihad masa kini amatlah besar dan penting. Mereka bukan sahaja diharapkan untuk menjaga kebajikan rumahtangga tetapi , mereka harus tampil ke hadapan untuk menjadi role-model kepada masyarakat..Keperluan semasa menuntut wanita Islam yang memahami dan beriltizam dengan Deen untuk memasuki medan-medan yang diizinkan syara' untuk berhadapan dengan wanita-wanita sekular yang kini memegang teraju kepimpinan aktiviti-aktiviti wanita.

Oleh itu, wahai kaumku yang bernama Wanita, ayuh sedarlah akan peranamu di dunia ini.Walaupun kita dicipta dari susuk kiri nabi Adam, kita tetap berperanan dalam mencorak dunia ini.

Wajib bagi setiap wanita ,membantu dalam menjalankan perintah agama, mencari rezeki yang halal, menerima dan mensyukuri apa yang dimilikinya dengan penuh kesabaran, mengajar anak-anaknya taat kepada Allah, yakni dengan menjauhi larangan-Nya dan menjalankan perintah-Nya, serta taat kepada kedua orang tuanya.Wanita juga berperanan berdakwah kepada masyarakat untuk membersihkan akidah dan tauhidnya dari pengaruh Barat; menjauhi fahaman yang bersifat merosak dan menghancurkan sendi-sendi Islam dan akhlak yang luhur.Ayuh wanita bangkitlah!!

0 comments:

Post a Comment